Welcome to my blog :)

rss

Friday, June 19, 2009

Yang Sama...

Buat mereka yang akan meningalkan firma ini, walaupun kita mempunyai perbezaan pendapat, tapi sebenarnya kita tetap ada persamaan sepanjang kita berada di bawah bumbung MAA ini. Semoga kalian berjaya dengan kerjaya dan cita-cita.

Kita tinggal di alamat yang berlainan
Kita tingal di mukim yang berbeza
Kita tinggal di rumah yang berlainan harga
Ada yang tinggal di rumah berbilang tingkat dan
Ada yang tingal dirumah 2 tingkat.
Masing-masing mempunyai citarasa, kerana wang kita yang punya
Namun yang sama tentang kita….. alamat ofis yang sama
Kita mempunyai pendapatan yang berbeza
Kata orang ‘gaji base on experience’
Ada yang dapat ribu-ribu, puluh ribu dan ratus ribu
Tapi itu semua rezeki katanya
Tapi apa yang sama tentang kita….
Dapat gaji pada waktu yang sama… yang biasanya 33 hb, 35 hb dan 37 hb, kenapa? tak percaya?
Yang luar biasanya, gaji pada 27 hb kenapa? Macam tak percaya !!!!!
Kerana,
Kita mempunyai akauntan yang sama, bos yang sama
Persamaan mereka….. tinggal di dalam bilik kaca.
Lutsinar kacanya,
Supaya mudah melihat kita, apalah staff aku buat agaknya,
Kerje ke , tidur ke, atau asyik internet jeekkk
Ada orang awasinya rupanya…
AWAS, mr block dan sure heboh sentiasa bekerjasama
Kta mempunyai citarasa yang berbeza
Kerana deria rasa kita yang tidak sama
Ada yang suka beli di bawah dan ada yang makan di sooka
Tapi apa yang sama tentang kita…
Kuih Kak Nor Sarapan pagi kita
Air Kak Nor hari-hari mau
Kalau Kak Nor lambat , kecoh jadinya,
Kalau Kak Nor cuti, lagi haru jadinya
Kita sembahyang di bilik yang sama, waktu sembahyang yang sama
Kadang-kadang terlajak juga
Walaupun terdengar suara-suara sumbang,
‘sembahyang jenazah ke’
‘Orang lain pun nak masuk syurga ‘
kita pekakkan kan telinga
buat dekkk jekkkk
Apa yang penting ‘kerjsama’
Rupanya masih ada yang sama tentang kita…..
Semoga ini kan menjadi kenangan buat mereka yang akan meninggalkan MAA ini.


Pena kurang kreatif
(Ikhsan drpd: Pn Suzana bt. Mohamed Ali - 12 June 2009)

0 Comments:

Post a Comment